
Customer tanya harga. Kita jawab. Kemudian… senyap.
Kalau ini selalu berlaku, jangan terus tambah marketing. Periksa apa yang berlaku kepada orang yang sudah bertanya.
Setiap langkah membantu customer membuat satu keputusan. Bila mereka berhenti, mungkin ada soalan yang belum terjawab.
Customer anda biasanya senyap bila?

Pilih satu situasi untuk lihat perkara yang patut diperiksa.
Jawapan kita membantu keputusan atau sekadar membalas?
Untuk servis yang perlukan quotation, fahami maklumat penting dahulu. Untuk produk dengan harga tetap, beri harga dengan jelas.
“RM500. Kalau berminat, beritahu ya.”
“Harga RM500 termasuk [skop sebenar]. Jika sesuai, langkah seterusnya ialah [proses sebenar]. Ada bahagian yang anda nak kami jelaskan?”
Contoh sahaja. Gantikan bahagian dalam kurungan dengan maklumat sebenar bisnes anda.
Baiki satu bahagian dahulu
Lihat beberapa enquiry terkini. Catat tahap customer berhenti dan sebabnya, jika diketahui. Jika tidak tahu, tandakan “tidak diketahui”.
Pilih satu corak yang berulang. Baiki satu perkara, kemudian lihat sama ada lebih ramai bergerak ke langkah seterusnya.
Dalam case study Faiz Transport, kami menyusun laluan website kepada WhatsApp. Selepas enquiry masuk, proses closing pula perlu diperiksa.
Nampak satu masalah kecil?
Tanya tentang CFE RM100 jika masalah melibatkan website atau laluan kepada enquiry. Kesesuaian, skop dan hasil serahan dijelaskan sebelum anda bersetuju.
Jika belum pasti di mana flow tersekat, mulakan dengan diagnosis System Strategist.
Cari Bottleneck Bisnes Saya →